Saturday, 7 May 2016

Aku, gitar, dan lagu.

Bergitar dan bernyanyi untuk diri sendiri sahaja sekarang ini. Tiada lagi permintaan seperti dahulu. Mungkin sudah tidak sedap didengar? Mungkin bosan? Atau mungkin ada perkara yang lebih menarik perhatiannya. Yang bukan lagi suara lagu daripada aku. Apa jadi pada lagu-lagu yang aku berikan sebelum ini? Mungkin sudah berhabuk di dalam senarai putarnya atau sudah tiada langsung sebenarnya. Lagu ciptaan aku pula yang aku bikin khas buatnya? Masihkah dia ingat? Atau juga sudah menjadi makanan tong sampah di dalam telefon bimbitnya.

Biarkan gitar dan suara aku lagukan buat diri aku sendiri. Dan hanya sedikit pada umum. Mungkin itu cara aku puaskan diri aku sendiri selepas ini.

Bawah Bantal.
8 Mei 2016
01:35