Friday, 3 June 2016

Bagus? Tidak.. tidak cukup.

Bila rasa diri, tidak cukup bagus untuk menasihati?

Aku..

cermin diri, muhasabah diri,

dan

pergi mati.


Setapak.
3 Jun 2016
23:27

Saturday, 7 May 2016

Aku, gitar, dan lagu.

Bergitar dan bernyanyi untuk diri sendiri sahaja sekarang ini. Tiada lagi permintaan seperti dahulu. Mungkin sudah tidak sedap didengar? Mungkin bosan? Atau mungkin ada perkara yang lebih menarik perhatiannya. Yang bukan lagi suara lagu daripada aku. Apa jadi pada lagu-lagu yang aku berikan sebelum ini? Mungkin sudah berhabuk di dalam senarai putarnya atau sudah tiada langsung sebenarnya. Lagu ciptaan aku pula yang aku bikin khas buatnya? Masihkah dia ingat? Atau juga sudah menjadi makanan tong sampah di dalam telefon bimbitnya.

Biarkan gitar dan suara aku lagukan buat diri aku sendiri. Dan hanya sedikit pada umum. Mungkin itu cara aku puaskan diri aku sendiri selepas ini.

Bawah Bantal.
8 Mei 2016
01:35

Friday, 15 April 2016

Ringan?

Dari sekecil nasihat dan permintaan, sehinggalah ke sesuatu daya usaha yang dilakukan, khas dan istimewa,

juga dianggap ringan.


13 April 2016
Bawah bantal.
01:28

Sunday, 10 April 2016

Pesan Atuk.

"Biar rupa aku buruk.. asalkan pakaian, halaman dan rumah aku kemas dan bersih."

Kata opah yang mengingatkan pesanan arwah atuk kepada aku.


Setapak.
11 April 2016
11.41

Saturday, 6 February 2016

Fahamkan.

Simpan,
pendam,
tanamlah dalam-dalam.
Biar nanti kau sendiri yang hadam,
sorang-sorang kau padam!

Tanjong Karang.
6 Februari 2016
20:09