Saturday, 19 December 2015

Semangat.

Semangat harus diiringi dengan daya dan usaha, barulah kejayaan dapat dinikmati dan dirasa.

Setapak.
20 Disember 2015
03:13

Thursday, 17 December 2015

Nota buat diri sendiri.

Pembentangan terakhir untuk semester akhir ijazah adalah yang terteruk di dalam kamus hidup aku.

Semoga diri sendiri jadikan iktibar untuk sentiasa bersedia, bekerja keras dan bertenang.

Tolonglah diri sendiri, tolong. Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama berulang kali.

Usah malu dengan orang lain, malulah dengan diri sendiri, dan jadikan kesilapan sebagai pengajaran dan pengalaman.

Nota ini buat diri sendiri untuk hadapi hari-hari yang mencabar nanti.

Puncak Alam.
18 Disember 2015
03:20

Friday, 11 December 2015

Satu Bintang.

Bermodalkan sebatang 'pembunuh', aku merenung ke luar jendela, melihat bintang-bintang di angkasa, dikala gelap yang semakin mencerah.

Aku sedar, bintang-bintang akan hilang disaat bumi berputar. Namun berharap, satu bintang akan terus bersinar untuk aku jalani hari-hari aku.

Terima kasih aku pada satu bintang, kerana masih dan terus bersinar.

Puncak Alam
12 December 2015
04:35