Bila rasa yang paling kita benci datang mendampingi, apa yang boleh kita lakukan hanyalah bertenang sambil berbisik di dalam hati.. "Segalanya pasti akan baik-baik saja."
Setapak.
25 Julai 2014
16:33
Bila rasa yang paling kita benci datang mendampingi, apa yang boleh kita lakukan hanyalah bertenang sambil berbisik di dalam hati.. "Segalanya pasti akan baik-baik saja."
Setapak.
25 Julai 2014
16:33
Sabar. Paling penting bagi kita dalam melakukan apa sahaja. Kerana tanpa sabar, kita mungkin derita. Jadi, bersabarlah wahai nyawa.
Setapak.
17 Julai 2014
23:59
Aku mungkin tidak dilahirkan untuk menjadi penenang yang baik dalam hidupku. Maafkan aku untuk itu. Kekurangan yang paling tidak disuka bagi kaum seperti kamu. Tetapi aku juga tidak mampu. Melihat yang lain mendampingimu. Menjadi penenang bagi kamu. Aku rapuh.
Jauh di sudut hati ingin aku untuk turut berada di tempat kamu. Merasakan apa yang dirasa kamu. Tetapi itu semua bukan daya aku. Kerana aku bukanlah penentu. Hanya doa dapat aku kirimkan untuk keluarga dan kamu.
Shah Alam.
11 Julai 2014
06:18