Wednesday, 26 November 2014

Manusia!

Mereka tak tahu kalau kita tak beritahu. Kalau mereka tahu sekalipun, mereka tak mungkin faham. Kalau mereka faham pula? Mereka tak mungkin rasa. Dan begitulah seterusnya. Sampai pada akhirnya, yang tahu, faham dan rasa hanyalah diri kita sendiri. Ini manusia sesama manusia!

Puncak Alam.
26 November 2014
23:40

Monday, 10 November 2014

Remeh?

Kadang-kadang, permintaan yang mungkin dianggap remeh itulah yang boleh membuatkan hati kecil diusik.

Bawah Meja.
11 November 2014
07:50

Tuesday, 23 September 2014

Simpan.

Simpan.
Sampai masa kita lepaskan.
Ku harap berpanjangan.
Sampai mati menuju tuhan.

Puncak Alam.
24 September 2014
18:25

Sunday, 24 August 2014

Takut.

Membosankan! Paling aku takut bila perkataan ini dilemparkan kepada aku. Sama ada secara lisan atau perbuatan. Sama pedih, sama sedihnya. Kerana aku punya sejarah dengan "membosankan". Persoalannya bagaimana untuk aku sendiri elak daripada menjadi yang membosankan? Jawapannya mungkin jauh dengan aku. Hmm moga dipermudahkan.


Dalam Kotak.
24 Ogos 2014
16:50

Friday, 25 July 2014

Tenang.

Bila rasa yang paling kita benci datang mendampingi, apa yang boleh kita lakukan hanyalah bertenang sambil berbisik di dalam hati.. "Segalanya pasti akan baik-baik saja."

Setapak.
25 Julai 2014
16:33

Thursday, 17 July 2014

Sabar.

Sabar. Paling penting bagi kita dalam melakukan apa sahaja. Kerana tanpa sabar, kita mungkin derita. Jadi, bersabarlah wahai nyawa.

Setapak.
17 Julai 2014
23:59

Thursday, 10 July 2014

Penenang dan aku.

Aku mungkin tidak dilahirkan untuk menjadi penenang yang baik dalam hidupku. Maafkan aku untuk itu. Kekurangan yang paling tidak disuka bagi kaum seperti kamu. Tetapi aku juga tidak mampu. Melihat yang lain mendampingimu. Menjadi penenang bagi kamu. Aku rapuh.
Jauh di sudut hati ingin aku untuk turut berada di tempat kamu. Merasakan apa yang dirasa kamu. Tetapi itu semua bukan daya aku. Kerana aku bukanlah penentu. Hanya doa dapat aku kirimkan untuk keluarga dan kamu.


Shah Alam.
11 Julai 2014
06:18

Thursday, 29 May 2014

28.05.14

28.05.14. Hari rabu.
Hari yang penuh dengan keterujaan, penuh dengan debaran, penuh dengan kegemuruhan, penuh dengan kesegan-siluan, dan penuh dengan kegembiraan.
Semoga hari seperti ini kembali dan berterusan, agar suatu masa nanti dapat diterjemahkan dengan kebahagian.

Setapak.
28 May 2014
23:59

Thursday, 24 April 2014

Biar senyap, biar rahsia.

Kau. Aku. Kita.
Rasa kau rasa aku mungkin rasa kita,
rasa tentang rahsia hati kita.
Sampai masa disatukan rasa,
biar senyap, biar rahsia,
biar hanya kita tahu antara kita,
biar Dia menentu segalanya.

Shah Alam.
25 April 2014
07:45

Wednesday, 16 April 2014

Keji!

Bila bulan ditutupi awan,
sama seperti hati diselaputi benci.
Indah tiada, iri meninggi.
Keji!

Bawah bulan.
17 April 2014
01:33

Tuesday, 1 April 2014

Hi.

Bila berdepan...
tinggi berderau darah,
laju berdegup jantung,
lebar ke telinga senyum.

Lebih-lebih lagi bila dia senyum,
walau bukan pada aku,
itu tetap rasa aku.

Kotak hati.
2 April 2014
00:33

Sunday, 30 March 2014

Perlahan-lahan.

Cuba, cuba aku.
Perlahan-lahan aku tuju,
tidak perlu terburu-buru.

Yakin jika ada, adalah ia,
Jika tiada, redhalah kita.
Kerana semua, dengan IzinNya.

Shah Alam.
30 Mac 2014
20:50

Wednesday, 26 March 2014

Pandangan?

Kalaulah pandangan mampu menyampaikan rasa, pasti sekarang aku sedang berkhayal terbang gembira di ruang legar dunia. Pasti!

Shah Alam.
27 Mac 2014
01:42

Thursday, 9 January 2014

Selamat malam langit gelap.

Tiba masa kapal ku bersiap,
tunggu waktu bulan ku dakap;
Bertemankan cahaya malap,
selamat malam langit gelap.

Tilam Biru.
10 Januari 2014
03:20

Saturday, 4 January 2014

Mimpi.

Amboi bahasa kau!
Seperti telur terapung di angkasa, seperti bulan terang dalam dakapan.
Mana logiknya? Mana?!
Melainkan kau bermimpi.
Ya, mimpi.

Sudut Bilik.
5 Januari 2013
00:13